VOIP atau singkatan dari perkataan Voice Over Internet Protocol merupakan konsep dimana pengguna boleh berkomunikasi diantara satu sama lain menggunakan komputer melalui Internet.
Jika sebelum ini kita berkomunikasi juga menggunakan suara tapi menggunakan peralatan telefon, dengan VOIP kita bercakap di komputer dengan menggunakan mikrofon dan mendengarnya pula melalui pembesar suara.
Kemudahan VOIP ini adalah merupakan kesinambungan proses berkomunikasi menggunakan teknologi Internet. Bermula dengan email, kemudian Mesej segera dan kini berinteraksi menggunakan suara.
Terdapat banyak pembekal yang memberikan kemudahan VOIP ini, ada yang percuma dan ada yang berbayar. Diantara pembekal VOIP percuma yang popular adalah seperti, Skype, Gizmoproject, Fring, Truphone dan pelbagai lagi. Ramai pengguna VOIP menggunakan kemudahan SKYPE kerana ianya merupakan syarikat pertama yang mempelopori bidng VOIP ini.
Untuk menggunakan kemudahan VOIP dari Skype, pengguna perlulah memuat-turunkan perisian yang perlu dipasang di komputer. Untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain pengguna hanya perlu menambahkan nama pendaftaran Skype rakan yang hendak mereka hubungi.[ LAGI ]



0 Comments:
Post a Comment