Renung-renungkan dan Selamat beramal…
Assalaamualaikum wm.wb
Apa yang ingin saya paparkan ialah kisah benar, satu kebesaran ALLAH yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.
Anak saya bertugas di Pusat Islam Johor. Pada suatu hari telah diadakan satu kursus pengurusan 'jenazah' seorang wanita.
Untuk tujuan itu dipilihlah seorang peserta yang kecil molek untuk dijadikan model. Kain kapan yang biasa digunakan untuk kursus ini sebelumnya mencukupi ukurannya. Pendek kata cukuplah, apatah lagi untuk 'membungkus jenazah' yang kecil molek tadi.
Tetapi, pada ketika itu.....semua yang hadir kehairanan, puas diadjust, masih tak cukup dan terdedah. 'Jenazah tadi pun turut cemas, lantas menangis tersedu-sedu. Maka tertangguhlah urusan 'mengkafan' tadi.
Hadirin semua tertanya-tanya sesama sendiri. Jawapan belum diketahui.kekusutan belum terungkai.
Seorang ustaz memanggil model jenazah tadi untuk cuba ditenangkan. Setelah dipujuk dan disoal; begini jawab Si Model, dia sering meninggikan suara dan menengking suaminya.
Astaghfirullaahal' azim..... Ustaz meminta beliau memohon ampun kepada suaminya dan bertaubat kepada Allah.
Begitulah kisahnya. Allah sayang akan hambanya dan diberi ingat sebelum dia tadi meninggalkan dunia.
Moral kepada kisah tadi; Pada lazimnya kita amat peka untuk menghormati/ mentaati kedua ibu bapa,
TETAPI
Menghormati / mentaati suami (selagi ia tidak bertentangan dengan syarak bagi sesetengah isteri (maaf tak semua) dianggap tidak penting dan tidak dituntut.
Wahai muslimah, andainya kamu telah mentaati semua perintah ALLAH dan RasulNYA, kemudian mentaati suamimu, maka pilihlah dari mana-mana pintu untuk kamu
masuk syurga
UNTUK MAKLUMAN
Kandungan Blog Ini Adalah Petikan Dari Yahoo Mail.
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib
# Rujuk Post Ilmu Lebih Baik Daripada Harta
Rasullullah s.a.w bersabda : "Sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (HR Bukhari)
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib
# Rujuk Post Ilmu Lebih Baik Daripada Harta
Rasullullah s.a.w bersabda : "Sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (HR Bukhari)
"Barangsiapa yang menunjukkan atas kebaikan maka baginya seperti pahala orang yang melakukannya." (HR Muslim)
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim].
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
~ oleh Ahmad Zaki
Khamis, 17 September 2009
Renungan ~ Kursus Jenazah
Dicatat oleh Syaifiza Shaifulniza di 8:24 PG
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)



0 Comments:
Post a Comment