UNTUK MAKLUMAN

Kandungan Blog Ini Adalah Petikan Dari Yahoo Mail.
Ia Mengandungi Kisah Agama dan Kisah Benar Untuk Panduan Dan Renungan Bersama.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib
# Rujuk Post Ilmu Lebih Baik Daripada Harta

Rasullullah s.a.w bersabda : "Sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (HR Bukhari)

"Barangsiapa yang menunjukkan atas kebaikan maka baginya seperti pahala orang yang melakukannya." (HR Muslim)

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. (Hadis riwayat Al-Qudhi)



Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih. Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim].
Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang memotong kukunya pada ; Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
~ oleh Ahmad Zaki

Khamis, 5 November 2009

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya... lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama... si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu... ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya... telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang.. hatinya berbunga keriangan... satu hari... si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.. si ayah memuji anaknya... sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas... di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik... si anak terkesima... sungguh... bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat... kotak itu bertukar tangan... matanya terarah kepada riak wajah ayahnya... yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu... penutup kotak dibuka... apa makna semua ini???.. sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit... tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya... terasa dirinya dipermainkan... amarahnya membuak... nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya... ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu... bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah... bukan al-Quran ni yang saya nak... katanya keras... Al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan... si anak terus meninggalkan si ayah... tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara... pakaiannya disumbatkan ke dalam beg… lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya... memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.

10 tahun berlalu... si anak kini merupakan seorang yang berharta... punyai syarikat sendiri... dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun... sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya... sedang dia berkira2 sendiri... telefonnya berdering... dari peguam ayahnya... ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak... si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta.

Buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa... si anak pulang ke banglo ayahnya... memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya... hatinya sebak... bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu... bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini... perlahan2 langkahnya menuju ke situ... mengambil Al-Quran itu... membelek2-nya dengan penuh keharuan... tiba-tiba... jatuh sesuatu dari Al-Quran itu... segugus kunci... di muka belakang Al-Quran itu... sebuah sampul surat ternyata diselotepkan di situ kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya-tanya... nyata sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah... tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini… hadiah teristimewa utk putera kesayanganku... air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu… penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati... … ….

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online